X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lokaliti di dua negeri dikenakan PKPD mulai Selasa

Lima lokaliti membabitkan tiga di Kelantan dan dua di Sabah dikenakan PKPD mulai Selasa. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Lima lokaliti membabitkan tiga di Kelantan dan dua di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa hingga 19 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Kelantan membabitkan Kuarters Ladang Lepan Kabu (A & B) dan sebahagian kawasan Kampung Pahi yang bersempadan dengan Kuarters Ladang Lepan Kabu di Kuala Krai.

“Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes.

Setakat ini, seramai 80 individu disaring dan 18 daripadanya dilaporkan positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, PKPD di Sabah pula membabitkan Kampung Jambatan Baru di Membakut dan Blok 6, Kampung Titingan di Tawau.

“Setakat ini, seramai 17 individu di Kampung Jambatan Baru dilaporkan positif Covid-19, manakala sembilan disahkan positif di Blok 6, Kampung Titingan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan lanjutan PKPD di Kampung Jaya Baru, Kunak dan Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah selama dua minggu berkuatkuasa Selasa sehingga 19 Julai.

Katanya, ia selepas KKM mendapati penularan Covid-19 masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan.

Tambah Ismail Sabri, PKPD di beberapa lokaliti diisytihar tamat pada Isnin pula membabitkan empat di Mukim Tenglu, Mersing di Johor iaitu Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam dan Kampung Sawah Datok; serta lima taman perumahan di Mentakab, Pahang iaitu Taman Bukit Bendera, Rimba, Sri Layang, Saga dan Saga Indah.

"Lokaliti lain ialah Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan Taman Saga Indah, Ladang Brumas di Kalabakan; serta Kampung Pulutan di Nabawan dan Taman Wijaya Park di Kota Kinabalu, Sabah," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!