Kemahiran berkomunikasi penting

Ibrahim (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ramakrishnan (dua, kanan).
Ibrahim (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ramakrishnan (dua, kanan).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kemahiran berkomunikasi bukan setakat diperlukan oleh pegawai perhubungan awam, sebaliknya semua pihak perlu mempelajarinya.

Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, komunikasi itu penting apatah lagi sekarang dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0.

"Sebagai contohnya, mahu berkomunikasi dalam dunia siber, semua boleh menjadi sumber termasuklah menerusi surat khabar atau televisyen dan sebagainya.

"Sekarang begitu meluas sehingga setiap orang memerlukan kemahiran komunikasi ini.

"Jadi, perhubungan awam ini adalah salah satu bentuk membina kepercayaan pada satu-satu organisasi itu seperti pelanggan percaya dalam satu-satu produk itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran IPRM Cawangan Johor di Hotel Crystal Crown, di sini, kelmarin.

Pada majlis sama; Exco Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakhrisnan menyampaikan ucapan bertajuk revolusi industri 4.0.

Dalam pada itu, Ibrahim turut berterima kasih kepada Kerajaan PH pada masa kini yang memberi kebebasan kepada media, namun kebebasan itu perlu datang dengan tanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Bukan bebas begitu sahaja dan lepaskan tanggungjawab. Jadi, etika-etika itu yang cuba kita promosikan melalui IPRM ini.

"Kewujudan cawangan IPRM di Johor juga diharap akan menyebarluaskan semangat dan keupayaan untuk berkomunikasi secara terbuka dan lebih telus.

"Di sini juga IPRM berfungsi supaya tidak menyentuh sesuatu yang bersifat sensitif kerana negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama," katanya yang memberitahu keahlian IPRM telah mencecah lebih 1,500 di seluruh negara.