Matrade sedia maklumat pasaran kepada pengeksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. - Gambar hiasan
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. - Gambar hiasan
A
A
A

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus membantu pengeksport Malaysia dengan menyediakan maklumat pasaran serta meningkatkan aktiviti penggalakan pasaran mereka.

Penolong Pengarahnya, Shawn Sim Kok Aun berkata, agensi itu juga membantu membangunkan program pembangunan eksport syarikat.

Beliau berkata, terdapat dua bentuk maklumat pasaran Matrade, iaitu peringatan pasaran serta kajian produk dan pasaran (PMS), yang terdiri daripada gambaran keseluruhan dan kajian mendalam pasaran.

“Kami juga menyediakan trend pasaran, profil pesaing, dasar dan strategi bagaimana untuk mengeksport serta peraturan bagi liputan lebih meluas di seluruh dunia dalam maklumat pasaran,” katanya pada program The Nation Bernama TV yang disiarkan pada Jumaat.

Selain itu, Shawn berkata, perkhidmatan dalam talian bagi pengeksport Malaysia yang berdaftar di bawah portal Matrade - MyExport membolehkan perniagaan tempatan mengesahkan pelbagai maklumat bagi aktiviti eksport.

Menurutnya, portal itu juga membantu memudahkan syarikat tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa di tengah-tengah penularan pandemik Covid-19.

“MyExport juga menyediakan perkembangan terkini pasaran dan mengguna pakai format maya mesyuarat perniagaan kepada perniagaan yang diatur terlebih dahulu,” katanya.

Shawn berkata, sejak penularan Covid-19 pada Mac tahun lepas, Matrade telah mengadakan sesi maya secara tetap, menarik pembeli produk perubatan seperti sarung tangan getah, peralatan perlindungan diri, pelitup muka, kateter dan sutur.

Artikel Berkaitan:

Ahli perniagaan digesa untuk menghubungi pejabat Matrade di luar negara bagi mendapatkan bantuan berhubung bekalan, katanya.

“Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia juga menggesa pengimport untuk memeriksa kredibiliti pembekal bagi mengelak penipuan dalam talian yang mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan terhadap peralatan perubatan semasa tempoh pandemik ini,” katanya. - Bernama