PM panggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos depan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, perkara itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah Menteri Rabu depan.

"Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah persidangan Parlimen," katanya.

Pada Rabu, Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah mengulangi titahnya bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Ketetapan itu dibuat selepas Baginda menerima menghadap Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

Awal bulan ini, Takiyuddin memaklumkan kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula Parlimen secara hibrid membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Langkah itu diambil bagi memastikan Parlimen berupaya berperanan seperti sewajarnya, walaupun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19 dan program pemulihan sedang yang giat berlangsung.

Artikel Berkaitan: