'Misi saya bukan kejar kasut emas'

Patrick Schick
Patrick Schick
A
A
A

PENYERANG sensasi Republik Czech, Patrick Schick tidak menjadikan anugerah kasut emas sebagai sasaran utamanya dalam saingan Euro kali ini.

Sebaliknya, dia memastikan fokus utamanya adalah untuk membantu kemaraan Czech dengan mahu menundukkan Denmark dalam aksi suku akhir di Stadium Olimpik Baku pada awal pagi Ahad.

"Mengejar penjaring terbanyak kejohanan bukan misi sebenar saya buat waktu ini kerana apa yang lebih penting adalah kemaraan pasukan saya dalam kejohanan ini.

"Saya tidak begitu tertarik dengan berapa banyak gol yang akan saya cetak pada kejohanan ini," katanya.

Schick ketika ini berada di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak di Euro dengan empat gol dan pertemuan menentang Denmark memberikan peluang kepadanya menambah jaringan.

Ia sekali gus akan membolehkan pemain berusia 25 tahun itu untuk mengejar bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang berada di kedudukan teratas selepas meledak lima gol dalam kempen kali ini.

Penyerang Perancis, Karim Benzema dan Emil Forsberg (Sweden) turut berkongsi kedudukan kedudukan senarai penjaring terbanyak selepas masing-masing merekodkan empat gol setakat ini.

Namun, selepas tersingkirnya Portugal, Perancis dan Sweden, peluang terbuka luas untuk Schick mengejar anugerah kasut emas tersebut.

Artikel Berkaitan:

Romelu Lukaku (Belgium), Raheem Sterling (England), Georgino Wijnaldum (Belanda) dan Robert Lewandowski (Poland) pula berkongsi kedudukan ketiga dengan tiga gol.