Pas ambil tindakan jika terus fitnah terima dana RM90 juta

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang terus mengeluarkan fitnah berhubung parti itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti bagi menyokong BN dan UMNO pada PRU14 yang lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak sama ada dari luar mahupun dalam negeri berkenaan perkara tersebut adalah suatu pembohongan, fitnah liar dan perancangan jahat berbentuk 'mala fide' bertujuan memburukkan imej dan integriti Pas terutama menjelang PRU14 yang lalu.

"Justeru itu Pas menyeru semua pihak agar dapat menerima pengesahan daripada SPRM ini sebagai suatu fakta sahih yang dibuat hasil siasatan yang telus, profesional dan dengan 'without fear or favour' kepada mana-mana pihak.

"PAS juga menggesa agar isu ini dihentikan dengan segera dan Pas menggunakan haknya untuk mengambil segala tindakan mengikut undang-undang sekiranya ada lagi pihak yang meneruskan fitnah seumpamanya terhadap Pas," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan pengesahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bahawa hasil siasatan agensi itu menunjukkan tiada dana dimasukkan ke dalam akaun Pas daripada mana-mana pihak termasuk yang ditohmahkan daripada 1MDB.

Sejak siasatan itu dilakukan bermula 6 Februari, beberapa pemimpin Pas dirakamkan percakapan antaranya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Suruhanjaya itu juga mengambil keterangan peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang dinamakan sebagai sumber kepada artikel berkenaan perkara itu yang disiarkan laman Sarawak Report pada April 2016.

SPRM melakukan siasatan selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan sama terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu diambil selepas Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman tersebut di luar mahkamah, dalam kes yang difailkan di London.

Pada 21 April 2017, Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London berhubung laporan berita Sarawak Report yang dimuatnaik pada 6 Ogos 2016.

Dalam laporan tersebut, Presiden Pas itu didakwa menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti bagi menyokong BN dan UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dana RM90 juta: SPRM siasat penderma tetap, kroni Pas

Dana RM90 juta: Hentikan spekulasi, siapa terlibat akan dipanggil

Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir SPRM beri keterangan