DJ Dave selar berita palsu AR Badul meninggal

No Image Caption
A
A
A

TINDAKAN sesetengah pihak menyebarkan khabar angin dan berita palsu tentang kematian pelakon dan pelawak veteran, AR Badul dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave, turut menyelar tindakan yang dibuat tanpa usul periksa itu, apatah dia sendiri menerima banyak panggilan telefon dan kiriman berhubung khabar angin tersebut pada Sabtu.

"Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul.

"Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengan AR Badul. Dia sudah keluar hospital dan keadaannya sudah semakin baik.

"Sekarang AR Badul sedang berehat di kampung, di Pahang sesudah beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN)," kata DJ Dave.

AR Badul
AR Badul

Dalam pada itu, DJ Dave juga menyeru agar masyarakat tidak mudah berkongsi atau menyebarkan khabar angin berkaitan kematian seseorang, kecuali ia disahkan sendiri oleh anggota keluarga yang terlibat.

"Jika tidak sahih berita itu, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain.

Artikel Berkaitan:

"Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar," katanya.

Terdahulu sebelum itu, AR Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.