Peniaga guna duit poket sendiri bantu orang ramai

Salehuddin dan rakannya memperuntukkan sekitar lebih RM1,000 untuk membeli makanan asas untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
Salehuddin dan rakannya memperuntukkan sekitar lebih RM1,000 untuk membeli makanan asas untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang peniaga sanggup mengeluarkan wang sendiri dengan mewujudkan rak makanan di hadapan premis bermula Selasa.

Mohd Salahuddin Abdul Jabar, 32, mengambil inisiatif tersebut di depan premis di Taman Damai Court di sini kerana menyedari ada kalangan mereka yang terkesan dan memerlukan bantuan segera akibat kesan pandemik Covid-19.

Menurutnya, untuk peringkat awal, dia dan rakan kongsinya yang enggan dikenali mengeluarkan wang lebih RM1,000 untuk membeli barangan keperluan asas seperti telur, bihun, sardin, tepung, minyak masak peket untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma.

"Baru hari pertama semalam (Selasa) memang ada yang sudah datang mengambil barangan di rak ini.

Antara makanan kering yang diletakkan di rak di hadapan premis untuk mereka yang putus bekalan makanan.
Antara makanan kering yang diletakkan di rak di hadapan premis untuk mereka yang putus bekalan makanan.

"Orang ramai boleh mengambil barangan mengikut keperluan masing-masing," katanya pada Sinar Harian, Rabu.

Ujarnya, rak makanan itu akan diteruskan selepas ini berdasarkan keperluan.

"Kalau ada dapat rezeki lebih nanti, saya dan rakan akan teruskan program ini untuk membantu masyarakat yang terjejas," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: