Toyota Alphard hangus

Toyota Alphard hangus dalam kejadian tadi.
Toyota Alphard hangus dalam kejadian tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard terbakar berhampiran sebuah butik pengantin di Jalan Loke Yew di sini tengah hari tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.01 petang dan sebuah jentera sertai lima orang anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta Toyota Alphard terbakar hampir 70 peratus.

Anggota bomba memadam kebakaran Toyota Alphard.
Anggota bomba memadam kebakaran Toyota Alphard.

“Api dikawal pada pukul 2.12 petang dan kebakaran padam sepenuhnya lapan minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan: