Odeen Hijab tudung bawal kualiti premium

Odeen Hijab mengeluarkan corak yang terkini dan ekslusif
Odeen Hijab mengeluarkan corak yang terkini dan ekslusif
A
A
A

JOHOR BAHRU- Pengeluar baju-T muslimah, Odeen Marketing memperluaskan rangkaian perniagaannya dengan cabang perniagaan terbaru, iaitu Odeen Hijab yang memfokuskan tudung bawal menggunakan material premium.

Menariknya, tudung keluaran syarikat itu memfokuskan pengeluaran tudung bawal berbidang 50, yang lebih besar daripada saiz standard di pasaran dengan harga mampu milik.

Pengasas yang juga pemilik Odeen Marketing, Shahudin Ahmad berkata, tudung Odeen Hijab mula dikeluarkan sejak Januari lalu apabila melihatkan potensinya, di samping memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

“Antara kelebihan tudung keluaran kami adalah kita menggunakan material berkualiti tinggi iaitu ‘Luxe Chiffon Voile’, yang mana ia mudah untuk dibentuk dan tidak jarang serta selesa.

“Material yang digunakan juga membuatkan tudung menjadi lebih ‘flowy’ dan labuh, selain tidak mudah renyuk dan menggunakan ‘laser cut finishing’ dan jahitan ‘baby seam’.

“Kita juga menghasilkan bawal eksklusif dengan corak terkini dan paling istimewa adalah saiz bidangnya yang lebih besar membolehkannya digayakan dengan pelbagai fesyen, tapi masih menampilkan kesopanan, sesuai dengan motto kami iaitu ‘Labuh kan Lawa’,” katanya.

Odeen Hijab yang berbidang 50 sesuai digayakan dengan pelbagai fesyen.
Odeen Hijab yang berbidang 50 sesuai digayakan dengan pelbagai fesyen.

Jelas Shahudin, Odeen Hijab mempunyai beberapa koleksi eksklusif seperti Aurora, Camelia, Salsabeela, Qamarina dan Ramzeeya yang mana ia dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM29 setiap satu.

Artikel Berkaitan:

“Tudungnya juga didatangkan dengan pembungkusan ekslusif, di samping pelanggan berpeluang untuk menyertakan ‘wish card’ untuk dijadikan hadiah, selain mendapat kerongsang eksklusif dan penghantaran percuma melalui belian kombo,” katanya.

Beroperasi di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru, tudung bawal keluaran Odeen Marketing itu mula mendapat tempat dalam kalangan wanita berhijab, khususnya peminat tudung bawal.

“Selain memproses terus segala pesanan daripada pelanggan, kita turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen dan ‘dropship’ dan menawarkan untuk bersama-sama berkongsi rezeki.

“Mereka yang berminat untuk mendapatkan bawal premium berkualiti tinggi atau berminat untuk bersama pasukan kami, boleh layari laman web http://odeenhijab.com/ atau boleh WhatsApp, http://www.wasap.my/+60183731669 dan ‘subscribe’ channel telegram Odeen Hijab di https://t.me/odeenhijab,” katanya.

Odeen Marketing yang terletak di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru.
Odeen Marketing yang terletak di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru.