Pesawat kargo terhempas, tiga maut

Ketiga-tiga penumpang dipercayai turut maut dalam nahas itu.
Ketiga-tiga penumpang dipercayai turut maut dalam nahas itu.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Sebuah pesawat kargo bersama tiga penumpang dilaporkan terhempas di sebuah teluk berhampiran Lapangan Terbang George Bush, semalam.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan Atlas Air 3591 itu dalam perjalanan ke Houston dari Miami apabila radar dan radio pesawat terbabit gagal dihubungi kira-kira 48 kilometer di tenggara lapangan terbang terbabit.

"Kesemua mangsa dipercayai turut terbunuh dalam nahas itu," katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) akan menyiasat insiden itu manakala penyiasat FAA telah dikerah ke lokasi kejadian.

Menerusi Facebook, Pejabat Syerif Daerah Chambers memaklumkan pesawat itu ditemui di utara Trinity Bay berhampiran bandar kecil Anahuac.

Sementara itu, Ed Gonzalez di daerah Harris mengesahkan pasukan telah dihantar untuk membantu usaha menyelamat. - Reuters

Artikel Berkaitan: