'Lockdown' di Perth selama 4 hari kerana Covid-19

Bandar raya Perth dikenakan perintah 'lockdown' mulai Selasa selepas tiga kes Covid-19 dikesan di bandar raya tersebut. - Foto AFP
Bandar raya Perth dikenakan perintah 'lockdown' mulai Selasa selepas tiga kes Covid-19 dikesan di bandar raya tersebut. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Penduduk di Perth di barat Australia menjalani 'lockdown' selama empat hari mulai Selasa berikutan varian Covid-19 yang dikenali sebagai Delta semakin menular di bandar raya itu.

Ia menjadikan Perth sebagai bandar raya ketiga yang dikenakan perintah 'lockdown' oleh pihak berkuasa di negara berkenaan.

Cuma tiga kes positif Covid-19 dikesan di bandar raya tersebut sejak Covid-19 dikesan di bandar raya tersebut tetapi para pegawai kesihatan mengamalkan pendekatan berjaga-jaga yang tinggi bagi menghalang penularan pandemik tersebut.

"Kami tahu risko tentang Covid-19 dan kami mengetahui dari seluruh dunia bahawa varian Delta ialah satu lagi (virus) berbahaya yang kami tidak boleh mengambilnya dengan mudah," kata Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan pada malam Isnin seperti dilaporkan oleh AFP.

Lebih dua juta penduduk tinggal di Perth dan kawasan sekitarnya iaitu bandar raya Sydney dan Darwin turut dikenakan perintah 'lockdown' yang masing-masing bermula pada hujung minggu lalu selama dua hari.

'Lockdown' itu menyebabkan penduduk perlu duduk di rumah dan hanya keluar untuk membeli barang-barang penting selain dibenarkan menghadiri temu janji perubatan dan mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, perintah itu tidak dikenakan ke atas pekerja-pekerja dalam sektor penting manakala orang ramai masih dibenarkan untuk melakukan senaman selama satu jam sehari dan bergerak dalam radius lima kilometer sahaja.

Australia hanya merekodkan lebih 30,000 kes dan 910 kematian akibat Covid-19 di negara berkenaan yang mempunyai 25 juta penduduk itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: