Konvoi semasa PKP, 15 penunggang motor berkuasa tinggi dikompaun RM75,000

Seramai 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi dikompaun ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang pada Sabtu.
Seramai 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi dikompaun ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang pada Sabtu.
A
A
A

KAJANG – Seramai 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan berkonvoi dikompaun ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, tindakan itu dilaksanakan selepas menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal itu menggunakan laluan tersebut.

“Dalam operasi tersebut, seramai 15 penunggang motosikal telah ditahan dan diperiksa sebelum mendapati mereka jelas melanggar SOP yang dikuatkuasakan kerajaan.

"Kesemua penunggang motosikal berusia 18 hingga 41 tahun itu telah dikenakan kompaun berjumlah RM75,000 iaitu RM5,000 setiap seorang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.