Geng Debab 4 Stroke tumpas

Raub (tiga, kiri) menunjukkan 24 rangka, motosikal serta beberapa komponen kenderaan itu yang berjaya ditemui hasil tertumpasnya Geng Debab 4 Stroke.
Raub (tiga, kiri) menunjukkan 24 rangka, motosikal serta beberapa komponen kenderaan itu yang berjaya ditemui hasil tertumpasnya Geng Debab 4 Stroke.
A
A
A

SEGAMAT- Tidak hanya ditemui di dasar sungai dan lombong, malah beberapa rangka motosikal turut ditemukan di dahan pokok, setelah semua komponen kenderaan itu dileraikan untuk dijual.

Terdahulu, kegiatan jenayah curi motosikal yang didalangi tiga bersaudara sejak dua tahun lalu tumpas apabila kumpulan dikenali sebagai Geng Debab 4 Stroke berjaya dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian 16 Februari, dua beradik bersama seorang lagi adik iparnya itu ditahan polis dalam serbuan berasingan di kediaman mereka di bandar ini.

“Dua beradik berusia 18 dan 25 tahun itu ditahan bersama manakala seorang lagi adik ipar berusia 19 tahun ditahan di kediamannya.

“Geng Debab yang aktif sejak 2017 ini telah didalangi oleh suspek berusia 25 tahun ekoran mempunyai kepakaran bagi merungkai dan membaiki komponen motosikal,” katanya.

Raub (tiga, kiri) menunjukkan 24 rangka, motosikal serta beberapa komponen kenderaan itu yang berjaya ditemui hasil tertumpasnya Geng Debab 4 Stroke.
Raub (tiga, kiri) menunjukkan 24 rangka, motosikal serta beberapa komponen kenderaan itu yang berjaya ditemui hasil tertumpasnya Geng Debab 4 Stroke.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Menurut Raub, hasil soal siasat akhirnya berjaya menemui 24 rangka kenderaan, dua buah motosikal yang masih elok dan tiga lagi komponen enjin.

“Kesemua bahan bukti ini ditemui di 11 lokasi berbeza di sungai, lombong, dan parit apabila ia dibuang di Kampung Tengah, Kampung Kuari, Kampung Jawa dan Bandar Putra.

“Selain itu, ada juga rangka motosikal yang ditemukan di dahan pokok ekoran tindakan suspek mahu membuang bahan bukti ini di kawasan lebih rendah, namun tersangkut di situ,” katanya.

Beliau berkata, sebelum itu, kelicikan Geng Debab 4 Stroke ini terbongkar hasil penahanan dua pembeli komponen itu di Semabok, Melaka.

“Hasil maklumat daripada kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu kemudiannya membawa kepada penemuan tiga individu ini.

“Ketika ini, tempoh tahanan reman tiga suspek selama empat hari bermula 17 Februari itu telah dilanjutkan sehingga tujuh hari lagi. Kesemua mereka tidak mempunyai rekod lampau selain ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan setakat ini, pihaknya telah berjaya menyelesaikan 35 kes curi motosikal hasil penahanan Geng Debab 4Stroke.