Kartunis Aie 'Aku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia

Gambar kenangan Aie (kanan) bersama Ujang. - Foto FB Ujang
Gambar kenangan Aie (kanan) bersama Ujang. - Foto FB Ujang
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kartunis terkenal, Saari Sulong, 48, atau Aie meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 49 tahun.

Menurut Kartunis Ujang atau Ibrahim Anon di Facebooknya, arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi.

Aie yang terkenal nukilan Aku Hidup Dalam Blues dalam majalah Ujang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Hantaran Facebook Ujang memaklumkan kematian kartunis Aie
Hantaran Facebook Ujang memaklumkan kematian kartunis Aie



Sementara itu, rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.

"Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas.

"Kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada tahun 2019. Sejak Covid-19, saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak tahun 1994 hingga awal 2000.

Artikel Berkaitan:


Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri 'Abe' dan 'Aku Hidup Dalam Blues.' Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Áku dan Sesuatu’ serta 'Blues Untuk Aku'.

Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting. - Bernama