X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Bimbang jual air zamzam tiruan

Gambar dari kiri: Rosol, Zulkifli
A
A

SHAH ALAM - Penjualan air zamzam di negara ini berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan minuman tersebut selepas kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan mengenai perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, oleh kerana itu, air zamzam yang dijual di negara ini dibimbangi tiruan.

“Jadi kalau Arab Saudi sendiri menghalang daripada menjualnya, ia bererti hendak mendapatkan air zamzam bukan perkara mustahil tetapi amat payah.

“Jadi apabila amat payah, maka kita bimbang air zamzam dipalsukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan masih belum mendapat maklumat mengenai perkembangan itu tambah pula tiada stok untuk mendapatkan air zamzam pada waktu ini kerana Arab Saudi menghalang penjualan air zamzam.

“Bagaimanapun kita akan tengok secara teknikal (dari segi) undang-undang Kementerian (Hal Ehwal Agama) dengan apa yang telah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan untuk kita benar-benar selaraskan.

“Kita akan dapatkan satu keputusan yang tuntas mengenai kenapa dan punca perkara berkaitan berlaku (penjualan air zamzam secara berleluasa dan secara dalam talian di platform e-dagang) kalau betul ada penjualan air zamzam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, KPDNHEP mengambil maklum mengenai penjualan air zamzam di platform e-dagang dan laman sosial.

Menurutnya, pihak kementerian telah meminta pengendali platform e-dagang untuk menurunkan iklan dan penjualan minuman berkenaan.

“Berdasarkan maklum balas platform e-dagang terbabit, tindakan menurunkan iklan dan aktiviti penjualan air zamzam telah beberapa kali dilakukan.

“Namun, ada peniaga tidak bertanggungjawab dengan kembali mendaftarkan produk itu di dalam talian dengan guna kata kunci baharu namun kita akan banteras,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada siapa dapat lesen eksport, jual air zamzam

Air zamzam masih dijual secara online


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!