Sembilan monyet mati diracun

Tular di laman sosial gambar sembilan ekor monyet yang ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada petang Sabtu.
Tular di laman sosial gambar sembilan ekor monyet yang ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada petang Sabtu.
A
A
A

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan kejam individu yang membunuh sekumpulan monyet dengan cara meletakkan racun pada makanan dalam kejadian di Paya Terubong, di sini pada Sabtu.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, perbuatan meracun dan membunuh haiwan itu disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Monyet liar yang ditemui mati di Paya Terubong, Georgetown pada Sabtu dipercayai telah diracun.
Monyet liar yang ditemui mati di Paya Terubong, Georgetown pada Sabtu dipercayai telah diracun.

Menurutnya, tiada sesiapa yang berhak meracuni makhluk hidup apatah lagi melakukan perbuatan itu di habitatnya dalam kawasan hutan.

"Perbuatan ini tidak berperikemanusiaan dan berdosa.

"Kita yang memusnahkan hutan dan membina rumah atas nama pembangunan sehingga menjejaskan habitat haiwan berkenaan dan memaksa hidupan liar itu tinggal di tempat lain," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, disebabkan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia menyebabkan kumpulan monyet tersebut terpaksa keluar untuk mencari makanan.

Katanya, perbuatan menambah racun pada makanan dengan tujuan untuk membunuh monyet adalah tindakan keji dan tidak sepatutnya berulang.

Artikel Berkaitan:

Tular di laman sosial gambar sembilan ekor monyet yang ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada petang Sabtu.

Kejadian itu disedari seorang lelaki ketika dia mahu memberikan makanan kepada monyet liar di kawasan terbabit sebelum melihat haiwan itu menggelupur dan mati.

Pemeriksaan di kawasan berkenaan menemui sisa makanan yang telah dicampur racun.