15 mat rempit ditahan berlumba

Anggota polis menahan 15 mat rempit kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di Parit Bakong, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu.
Anggota polis menahan 15 mat rempit kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di Parit Bakong, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 15 mat rempit termasuk mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di Parit Bakong, Senggarang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi yang melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Pahat itu dilakukan pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, kesemua mereka berusia lingkungan antara 16 hingga 21 tahun.

"Dua daripada mereka ditangkap di bawah Seksyen 42 akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987 iaitu menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, seorang daripadanya turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama semasa diperiksa dan cuba melarikan diri serta menggilis kaki seorang anggota polis.

Beliau memberitahu, sebanyak 58 saman pol 257 dikeluarkan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan: