X

Kindly register in order to view this article
!

Belgium tenang berdepan Ronaldo

Romelu Lukaku (kanan) menjadi taruhan Martinez apabila berdepan Portugal pada perlawanan di Stadium La Cartuja de Sevilla, awal pagi Isnin.
A
A

BELGIUM tidak mempunyai perancangan spesifik untuk mengekang ancaman Portugal diketuai Cristiano Ronaldo apabila kedua-dua pasukan berentap pada Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 awal pagi Isnin.

Sebaliknya menurut pengendali Belgium, Roberto Martinez, skuad kendaliannya itu teruja berdepan penyandang juara tersebut walaupun menyedari kepelbagaian ancaman menanti pasukan berkenaan.

“Jelas kita harus bertahan dengan sangat baik tetapi apabila anda membuat rancangan menentang pemain tertentu, anda boleh dikecewakan oleh pemain lain.

“Tentu saja, apabila berdepan pemain seperti Ronaldo yang memiliki kepelbagaian, anda harus selalu berwaspada. Kita semua tahu dia antara pemain bola sepak terbaik di dunia.

“Tetapi anda juga harus bertahan menentang 10 pemain lain. Cara Portugal bermain, mereka memiliki ramai bakat dan jentera belakang. Terdapat beberapa pemain Portugal yang corak dan gayanya sama dan kita perlu bersikap kompak dan benar-benar mantap sebagai satu pasukan,” katanya.

Jelas Martinez, Portugal mempunyai skuad yang bermentaliti luar biasa yang mampu beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi menjadi faktor skuad tersebut menjulang kejuaraan Euro dan Piala Negara-Negara UEFA

Walaupun Martinez memuji Portugal, dia menegaskan tiba masa untuk Belgium untuk mencipta lebih impak dalam saingan kejuaraan besar apabila diberikan peluang menentang A Selecao kendalian Fernando Santos tersebut.

“Belgium sebenarnya adalah pasukan yang penuh keyakinan dan penuh momentum.

“Kami berharap sekarang untuk melihat bagaimana kita dapat meningkatkan dan seberapa banyak kita dapat menikmati kesempatan ini. Pada penghujung hari, ketika kita menikmati bola sepak kita akan bermain yang terbaik,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!