Langgar sekatan pergerakan, Menteri Kesihatan Britain letak jawatan

Hancock memutuskan untuk letak jawatan sehari selepas mohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita,
Hancock memutuskan untuk letak jawatan sehari selepas mohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita,
A
A
A

LONDON - [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock memutuskan untuk meletak jawatan sehari selepas memohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita.

Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson.

Dalam surat berkenaan, Hancock berkata, beliau ambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Hancock berkata, beliau bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Sementara itu, Johnson pula berkata, beliau menerima peletakan jawatan Hancock dengan rasa sedih.

Sebelum ini, akhbar tabloid memaparkan gambar menunjukkan Hancock yang sudah berkahwin dan seorang pembantu kanan berpelukan dan bercium di sebuah pejabat di Jabatan Kesihatan.

Gambar itu didakwa diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) pada 6 hingga 11 Mei sebelum peraturan sekatan pergerakan dilonggarkan untuk membolehkan pelukan dan hubungan fizikal lain di luar rumah sendiri.

Hancock segera memohon maaf selepas gambar itu tular dan mengakui melanggar sekatan pergerakan. Serentak itu, pihak pembangkang mahu Hancock dipecat kerana secara terang-terangan melanggar perintah sekatan.

Dalam pada itu, Downing Street melaporkan, bekas Canselor, Sajid Javid akan menggantikan Hancock untuk jawatan berkenaan.

Artikel Berkaitan: