MBPG bantu 34 peniaga mangsa ribut

Asman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penjaja selepas gerai rosak dipukul ribut di Taman Rinting, Pasir Gudang pada Jumaat.
Asman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penjaja selepas gerai rosak dipukul ribut di Taman Rinting, Pasir Gudang pada Jumaat.
A
A
A

PASIR GUDANG - Nasib 34 peniaga di Tapak Penjaja Jalan Sena, Taman Rinting di sini yang kerugian selepas gerai mereka diterbangkan ribut pada Khamis mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

MBPG menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap penjaja menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 2.0 di tapak berkenaan pada Jumaat.

Setiap peniaga terbabit turut menerima sumbangan khemah daripada pihak Maxis selain barang keperluan asas daripada Ahli Majlis Zon Rinting 1, Mohamad Farid Abdul Razak.

Sumbangan disampaikan Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman bersama-sama Ketua Bahagian Selatan Maxis Berhad, Mazlan Mokhtar dan Mohamad Farid.

Menurut Asman, MBPG mendahulukan penjaja di taman tersebut kerana mereka amat terkesan disebabkan bencana itu.

"Semoga dengan batuan ini dapat meringankan beban peniaga berkenaan sekali gus membantu mereka meneruskan perniagaan semula," katanya ketika ditemui pemberita.

Artikel Berkaitan: