Syed Saddiq tak perlu minta maaf: Hannah Yeoh

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu meminta maaf kerana membangkitkan isu berhubung Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, sememangnya menjadi tugas Syed Saddiq untuk membangkitkan soalan kerana beliau dibayar sebagai ahli Parlimen.

“Kerajaan, anda sepatutnya memastikan boleh menjawab soalan yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia,” katanya menerusi sidang akhbar secara langsung di Facebook beliau bersama Syed Saddiq pada Sabtu.

Syed Saddiq sebelum ini dituntut memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tuduhannya bahawa kerajaan mahu menjual LTSAAS di Subang.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tuduhan Syed Saddiq menerusi sebuah video mencemarkan nama baik Muhyiddin dan semua pembuat keputusan dalam hal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: LTSAAS: Syed Saddiq dituntut mohon maaf kepada Muhyiddin

Mengulas lanjut, Hannah berkata, lapangan terbang seperti di Subang sepatutnya sentiasa dipelihara kerana ia merupakan aset negara dan sangat sentimental kepada rakyat Malaysia.

“Itu adalah tugas kerajaan. Wan Saiful dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dua kenyataan media dibuat oleh anda sebelum ini adalah satu jaminan yang baik.

“Kami juga berharap anda tidak menggunakan perkataan ‘setakat ini’. Kami mahu jaminan bahawa anda sebagai kerajaan sekarang akan memelihara aset negara seperti Lapangan Terbang Subang,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas isu sama, Syed Saddiq menempelak Wan Saiful berhubung kenyataan dibuatnya bahawa tidak ada perbincangan dibuat kerajaan berkenaan LTSAAS.

Syed Saddiq berkata, sekiranya tidak ada apa-apa perbincangan mengenai LTSAAS, mengapa Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Zambry Abd Kadir membantah penswastaannya.

“Kedua, sampai hari ini mereka belum menjawab surat yang ditandatangani oleh kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif daripada Malaysia Airlines dan Malaysia Aviation Group yang merayu kepada Menteri Pengangkutan untuk menolak pelan tersebut kerana bakal menyusahkan rakyat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Ketiga, ada pula bantahan sampai mahu membuat piket yang dibuat oleh kesatuan sekerja lapangan terbang. Kenapa mereka tidak dipanggil penipu,” kata beliau.

Tambah Syed Saddiq, terdapat surat daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bertarikh 11 Mei lalu yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri bagi membantah dan menolak cadangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq selar tindakan PN cuba pajak, jual LTSAAS

Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS