X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 5,803 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,803 kes baru positif Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes negara ini 728,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 5,793 kes melibatkan kes tempatan.

“4,433 melibatkan warganegara dan 1,360 bukan warganegara.

“Manakala kes import yang dicatatkan sebanyak 10 kes di mana ia melibatkan tiga warganegara dan tujuh bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, dari segi kes sembuh, ia melibatkan 5,193 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 662,932.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 866 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 435.

“Sebanyak 81 kes kematian dicatatkan pada Sabtu iaitu 78 warganegara dan tiga bukan warganegara.

“81 kes kematian itu melibatkan 30 kes di Selangor, Kuala Lumpur (14), Johor (12), Negeri Sembilan (Sembilan), Sarawak (lima), Pahang (tiga), Melaka (tiga), Labuan (dua) dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 60,646 kes aktif dan 14 kluster baharu dicatatkan.

“Jumlah kluster yang telah tamat 1,887 kluster dan jumlah kluster aktif 868 kluster,” katanya.

Sementara itu, katanya, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 2,108 kes diikuti Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220) dan Sabah (189).

Beliau berkata, Kedah merekodkan 186 kes, Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (empat).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!