X

Kindly register in order to view this article
!

Pendaftaran Pejuang: Hamzah akur perlu buat keputusan

Hamzah Zainudin
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung rayuan pendaftaran Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Katanya, beliau akan membuat keputusan tersebut.

"Saya akan buat keputusan (terhadap rayuan Pejuang)," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya, di sini pada Jumaat.

Setiausaha Agong Penaja Pejuang, Datuk Wira Amiruddin Hamzah sebelum ini berkata, semakan kehakiman telah memihak kepada parti itu selepas mahkamah mengarahkan Hamzah membuat keputusan terhadap rayuan pendaftaran Pejuang dalam masa 14 hari.

"Keputusan itu perlu dibuat secara mandatori oleh Hamzah sebelum atau pada 8 Julai depan," katanya.

Katanya, mahkamah turut menyifatkan tempoh lima bulan setengah yang telah diambil Hamzah untuk membuat keputusan adalah tidak munasabah.

"Pejuang akan berusaha dengan apa cara sekalipun mengikut lunas undang-undang bagi memastikan kelulusan pendaftaran sebagai sebuah parti yang sah," katanya.

Pada 6 Januari lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonan Pejuang yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah parti politik atas alasan pendaftaran dibuat secara tidak teratur.

Parti itu kemudiannya mengemukakan rayuan kepada Hamzah keesokan harinya.

Semakan kehakiman dibuat Pejuang pada 1 Mac bagi mendapatkan perintah deklarasi antaranya bahawa ketinggalan atau kegagalan responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap surat rayuan Parti Pejuang.

Ia berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua telah melanggari kewajipan statutorinya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

ARTIKEL BERKAITAN: RoS tolak permohonan pendaftaran Pejuang


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!