X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan berurusan dengan tawaran pembelian vaksin

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin kerana ia adalah percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu berkenaan perlu melaporkan perkara itu kepada polis.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa suntikan vaksin adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, bayaran tidak boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi Covid-19.

"Tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta terhadap orang ramai yang hadir atas janji temu yang diberikan untuk divaksinasi," katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa jenis PPV yang dikendalikan oleh pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan Malaysia.

"PPV tersebut adalah PPV pengamal perubatan am swasta, PPV hospital swasta, PPV klinik pakar, PPV pusat Jagaan ambulatori dan PPV industri.

Khairy berkata, prinsip yang sama juga terpakai untuk program PPV Industri di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang telah digerakkan untuk mengawal penularan wabak Covid-19 melalui Fasa 4 PICK Vaksin dibekalkan secara percuma di bawah PIKAS.

"Kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta.

"Majikan dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!