X

Kindly register in order to view this article
!

UEM Sunrise tawar lebih penjimatan kepada pembeli rumah

Aspira Gardens, kawasan perumahan eksklusif yang dibangunkan UEM Sunrise di Gerbang Nusajaya, Johor.
A
A

KUALA LUMPUR - UEM Sunrise Bhd bekerjasama dengan Maybank Islamic dalam program HouzKEY, menawarkan skim tanpa wang pendahuluan, tanpa pembayaran bagi projek yang dalam tempoh pembinaan serta pembiayaan perumahan sebanyak 100 peratus untuk 10 projek perumahan syarikat kepada pembeli rumah kali pertama dan kedua.

Pemaju hartanah itu berkata, di bawah inisiatif ini, pembeli tidak perlu membuat pembayaran semasa tempoh pembinaan untuk projek-projek yang masih belum selesai pembinaannya sehingga mereka memperolehi kunci kediaman mereka.

"Selain menerima ganjaran tambahan daripada UEM Sunrise, para pemilik rumah juga akan dapat menikmati skim pembiayaan 100 peratus pada kadar terendah selama lima tahun pertama dengan hanya perlu membayar deposit selama tiga bulan yang akan dikembalikan dan bukannya membayar wang pendahuluan yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Di samping itu, pemilik rumah akan menikmati pengecualian duti setem dan memorandum pindah milik (MOT) di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan yang telah dilanjutkan, kata UEM Sunrise.

Di Johor, antara projek yang syarikat terlibat merangkumi pembangunan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kelestarian seperti Aspira Gardens, kawasan perumahan eksklusif yang berpagar dan berpengawal di Gerbang Nusajaya serta Aspira ParkHomes (Fasa 1, 2, 3A, 3B), kawasan perumahan berstatus pegangan kekal yang berpagar dan berpengawal.

Projek perumahan seterusnya ialah Senadi Hills (Fasa 1A, 1B), sebuah projek pembangunan berstatus pegangan kekal dan The Maris, sebuah kediaman berilhamkan kawasan peranginan, terletak di Desaru Coast.

Manakala di Lembah Klang pula, program ini melibatkan projek pembangunan di KAIA Heights, projek kediaman bertingkat di puncak bukit Equine Park, Seri Kembangan dan Residensi AVA di Kiara Bay, Kepong.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen HouzKEY dengan kerjasama Maybank Islamic dan UEM Sunrise ini, para pelanggan boleh layari www.uemsunrise.com/houzkey. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!