Pahang catat 245 kes baharu Covid-19

Pahang mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 245 kes baharu pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah ke angka 12,456 kes. - Gambar hiasan, gambar kecil: Dr Bahari Tok Muda
Pahang mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 245 kes baharu pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah ke angka 12,456 kes. - Gambar hiasan, gambar kecil: Dr Bahari Tok Muda
A
A
A

KUANTAN - Pahang mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 245 kes baharu pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah ke angka 12,456 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 168 kes merupakan warga tempatan manakala 77 kes melibatkan warga asing.

Menurutnya, selain itu satu kluster baharu turut dilaporkan di negeri ini iaitu Kluster Pasar Kemunting melibatkan penularan di tempat kerja dengan kes indeks merupakan seorang warga tempatan yang bekerja di lokasi tersebut.

"Pesakit mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 14 Jun lalu dan hasil siasatan mendapati lima lagi rakan sekerjanya turut disahkan positif.

"Penularan jangkitan disyaki berlaku di tempat kerja kerana berlakunya perjumpaan sosial dan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard ( SOP)," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Dr Bahari berkata, sehingga Rabu, seramai 118 individu telah disaring dalam kluster itu dan 18 kes dikesan positif Covid-19.

"Sehingga jam 12 tengah hari (Rabu), 508 kes positif sedang dirawat di lapan hospital dan lima Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini manakala 29 kes lagi berada dalam pengawasan di rumah.

"Berdasarkan jumlah itu, terdapat 20 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 10 kes di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) Kuantan dan 10 kes di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) Temerloh dengan lapan kes memerlukan bantuan mesin pernafasan," katanya.

Artikel Berkaitan: