Sarawak dijangka terima vaksin CanSino pertengahan Julai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Sarawak dijangka menerima bekalan vaksin CanSino Covid-19 menjelang pertengahan Julai depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebelum ini, Sarawak telah memohon kepada kerajaan Persekutuan sebanyak 650,000 dos vaksin yang hanya memerlukan satu suntikan.

"Vaksin CanSino sangat sesuai untuk penduduk Sarawak yang tinggal jauh di kawasan pedalaman seperti orang-orang Penan.

"Pasukan perubatan kita hanya perlu mengunjungi penduduk sekali sahaja untuk memberikan suntikan vaksin, sekali gus dapat menjimatkan kos logistik, pengangkutan dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.