X

Kindly register in order to view this article
!

Empat vaksin China lulus untuk dieksport setakat ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

BEIJING - China mengumumkan senarai kemas kini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk dieksport ke luar negara di sini pada Selasa.

Empat vaksin itu termasuk vaksin buatan China National Pharmaceutical Group Beijing (Sinopharm Beijing), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan China National Pharmaceutical Group Wuhan (Sinopharm Wuhan).

Daripada kesemua vaksin tersebut, dua daripadanya iaitu Sinopharm Beijing dan SVA telah disenaraikan sebagai vaksin penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam kemas kini itu turut dimaklumkan kesemua vaksin itu telah disuntik secara besar-besaran di negara ini, serta mendapat kelulusan untuk digunakan di lebih 100 negara di dunia.

Menurut Ketua Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China, Li Xingqian, ia menunjukkan hasrat China untuk menjadikan vaksin sebagai produk kesihatan awam global, selain memperkukuh kerjasama antarabangsa melawan wabak.

"China menyokong semua syarikat vaksin tersebut untuk meningkatkan bekalan vaksin kepada luar negara agar pelbagai negara khususnya negara membangun dapat dibantu dalam memperoleh vaksin.

"Kami juga akan terus menghulurkan bantuan kepada pelbagai negara yang berhasrat untuk membeli vaksin buatan China," ujar Xingqian.

Tambah beliau, China akan terus membantu syarikat vaksin China untuk merapatkan kerjasama dengan WHO untuk melaksanakan pelan COVAX, serta menjalankan kerjasama penyelidikan dan pengeluaran vaksin dengan negara luar. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!