Kerajaan PH tumbang atas kesilapan sendiri

Ahmad Yunus Hairi
Ahmad Yunus Hairi
A
A
A

SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang berikutan kesilapan sendiri selepas berlakunya perebutan kuasa dan jawatan dalam gabungan itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, PH sering menggunakan pelbagai alasan dan turut menyalahkan kerajaan terdahulu selepas gagal menunaikan manifesto yang diperjuangkan mereka sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berikutan itu, beliau berkata, PH perlu ditolak rakyat negara ini terutama anak muda memandangkan gabungan itu hanya membawa kepada kerosakan negara dan kemajmukan sosial kehidupan.

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) inilah penyelamat kepada rakyat selepas 'dua gajah bergaduh'.

"Apabila kerajaan PN mentadbir, tak perlu membuat pinjaman daripada negara luar, malah masih ada berbilion duit dalam negara boleh digunakan untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Yunus berkata, buat masa ini terdapat juga golongan ekstrem yang dilihat bersekongkol dengan kumpulan Islam bagi mencabuli urusan agama Islam dan institusi diraja negara ini.

Beliau berkata, golongan itu sewajarnya ditolak demi kesejahteraan negara ini yang majmuk dan berbilang kaum.

"Kumpulan ini bersekongkol atas nama rahmatan lil alamin dan cuba mencampuri urusan agama Islam, institusi diraja serta perlembagaan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: