X

Kindly register in order to view this article
!

Polis gagalkan cubaan seludup deodoran dari Thailand

Polis menggagalkan cubaan menyeludup 5,520 botol deodoran selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Waja di Jalan Lama Rantau Panjang berhampiran Kampung Pak Atah, Jeram Perdah, Rantau Panjang pada Sabtu.
A
A

PASIR MAS - Polis menggagalkan cubaan menyeludup 5,520 botol deodoran selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Waja di Jalan Lama Rantau Panjang berhampiran Kampung Pak Atah, Jeram Perdah, Rantau Panjang, di sini, pada Sabtu.

Pada operasi jam 7.45 pagi itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan.

Deodoran dari Thailand dianggarkan bernilai RM59,680 dipercayai dibawa masuk ke negara ini menggunakan pangkalan haram di sekitar Sungai Golok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Rantau Panjang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika rondaan cegah jenayah sepasukan anggota dari Balai Jeram Perdah bertindak menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan

"Pemeriksaan ke atas kereta menemui 230 kotak yang ditutup dengan kain berwarna hitam dipercayai mahu mengaburi mata anggota penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah Mohd Nasaruddin, suspek dan kesemua kotak yang mengandungi 5,520 botol deodoran dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara termasuklah aktiviti penyeludupan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!