X

Kindly register in order to view this article
!

Jangkitan Covid-19 di Terengganu semakin terkawal

Dr Nor Azimi (tengah) bersama Ahmad Amzad meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Masjid At-Taqwa, Kampung Durian Burung pada Sabtu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Walaupun penularan Covid-19 di Terengganu dilihat semakin terkawal dengan purata kes baharu direkodkan menurun ke angka dua digit sejak seminggu lalu, ia bukan alasan untuk masyarakat leka dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, usaha kini tertumpu ke arah melandaikan graf jangkitan baharu Covid-19 di negeri ini.

"Dalam masa seminggu ini, situasi Covid-19 di Terengganu agak terkawal, namun kita tidak mahu masyarakat Terengganu leka dan lalai seterusnya melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan.

"Kita masih belum menang dan masih bertungkus-lumus dan berusaha untuk menurunkan kadar jangkitan baharu sehingga mencecah ke lantai graf," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masjid pertama di Terengganu bertempat di Masjid At-Taqwa, Kampung Durian Burung di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi menyeru orang ramai supaya sama-sama menjaga dan patuh SOP terutama ketika berada di tempat awam.

"Kita perlu sama-sama jaga supaya penularan Covid-19 dapat diturunkan.

"Rekod kadar jangkitan rendah di Terengganu kini juga perlu berlarutan dalam tempoh yang lama sebelum kita boleh dikatakan benar-benar pulih," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!