Ke mana hilangnya bintang Puskas 2016?

Mohd Faiz Subri ketika menerima anugerah Puskas.
Mohd Faiz Subri ketika menerima anugerah Puskas.
A
A
A

SIAPA tidak mengenali penerima anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri yang telah melonjakkan nama negara setelah muncul sebagai pemain Asia pertama menerima pengiktirafan itu sempena nama bola sepak Hungary, Ferenc Puskas.

Namun sejak kebelakangan ini, kelibat bintang sukan bola sepak itu seakan pudar dan difahamkan Mohd Faiz tidak terlibat mana-mana pasukan kelab bola sepak tanah air.

Kehilangannya mungkin menimbulkan tanda tanya dan spekulasi peminat bola sepak lantas memberi gambaran tiadakah pasukan yang berminat untuk mengambilnya apabila kontrak dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (Penang FA) berakhir pada November 2018.

Memetik laporan NST, Mohd Faiz rupanya ada alasan tersendiri apabila memilih untuk menceburi bidang perniagaan minyak wangi jenamanya dan pulang ke kampung halaman di Jitra.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan rakan Mohd Faiz yang enggan namanya dikenali. Menurutnya, penerima anugerah Puskas 2016 itu kini menjalankan perniagaan minyak wangi bersamanya dan beberapa kenalan lain.

Pada masa sama, bekas pemain bola sepak kebangsaan tidak pernah berputus asa untuk kembali beraksi ke Liga Malaysia ketika jendela perpindahan kedua pada Mei ini.

Mohd Faiz telah menerima pengiktirafan terbaik dalam kariernya selepas membuat jaringan paling cantik sepanjang 2016, hasil keunikan sepakan percuma ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari lepas.

Dalam anugerah Puskas 2016, beliau mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriquez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi Ronaldo pada 2009.

Artikel Berkaitan:

Sebelum muncul sebagai tiga finalis penjaring gol tercantik dunia, Mohd Faiz turut mengenepikan saingan daripada pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil.