X

Kindly register in order to view this article
!

ABIM kutuk hukuman mati ke atas 12 tokoh ulama Mesir

Muhammad Faisal
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk keras hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah negara Mesir ke atas 12 tokoh ulama serta ilmuwan terbaik negara mereka.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemimpin negara dan seluruh warga dunia Islam digesa untuk memberi tekanan politik terhadap Mesir supaya menghentikan tindakan kejam atas paksi politik.

Menurutnya, tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip Karamah Insaniah yang mengangkat maruah manusiawi tanpa kompromi dalam ajaran Islam.

“Merujuk kepada kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia, menegaskan hukuman ini bermotifkan politik, berat sebelah serta melanggar prinsip hak asasi serta keadilan sejagat.

“Pada masa sama, ‘Amnesty International’s Research and Advocacy Director for the Middle East and North Africa, Philip Luther’ menegaskan bahawa hukuman mati kejam ini yang bermula pada tahun 2018.

“Ia menerusi perbicaraan berat sebelah adalah satu penodaan terhadap terhadap sistem keadilan dan memberikan bayangan gelap terhadap seluruh sistem keadilan Mesir,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhammad Faisal berkata, hukuman itu merupakan kesinambungan daripada amalan politik dendam yang tidak berkesudahan semenjak kerajaan dibentuk daripada suara demokratik warga Mesir itu digulingkan pada 2013 menerusi rampasan kuasa.

“Selain itu, kerajaan Mesir pimpinan Abdel Fattah Al-Sisi hingga hari ini terkenal sebagai kerajaan yang mengamalkan undang-undang drakonian serta menafikan prinsip keadilan serta kedaulatan undang-undang,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!