Tujuh lelaki berlatih silat di rumah dikompaun

Polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di kawasan Bandar Utama di sini pada Rabu.
Polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di kawasan Bandar Utama di sini pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai tujuh lelaki warga tempatan dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana menyertai latihan silat tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kediaman dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tuan rumah yang juga penganjur aktiviti latihan persilatan turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Katanya, polis membuat pemeriksaan di sebuah rumah di kawasan Bandar Utama di sini pada jam 12.10 tengah hari.

"Kami dapati sekumpulan individu sedang menjalankan aktiviti latihan persilatan tanpa mematuhi SOP ditetapkan iaitu ziarah dan berkumpul.

"Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 26 hingga 51 tahun dikompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: