3 maut, dua kenderaan bertembung

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Jemaluang.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Jemaluang.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tiga individu maut selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Jemaluang di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.05 petang.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5.42 petang dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Honda City dan Toyota Vios.

Tiga individu maut selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Jemaluang pada Selasa.
Tiga individu maut selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Jemaluang pada Selasa.

“Honda City dinaiki seorang lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 20 tahun, manakala Toyota Vios membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Artikel Berkaitan:

Azlan berkata, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat termasuk rescue cutter dan stretcher.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi dikawal pada jam 6.45 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.59 petang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!