Covid-19: 103 kes BID dalam tempoh 14 hari

Kes BID tertinggi yang dicatatkan ialah sebanyak 16 iaitu pada 11 Jun lepas.
Kes BID tertinggi yang dicatatkan ialah sebanyak 16 iaitu pada 11 Jun lepas.
A
A
A

SELAIN jangkitan dan kematian akibat Covid-19, kes kematian di luar hospital atau brought in dead (BID) juga mencatatkan jumlah yang tinggi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes BID mencatatkan seramai 195 mangsa dalam tempoh sebulan iaitu dari 14 Mei hingga 14 Jun 2021.

Kes BID yang tinggi juga dicatatkan dalam tempoh fasa pertama Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown iaitu sebanyak 103 mangsa.

Dalam tempoh berkenaan, kes BID tertinggi yang dicatatkan ialah sebanyak 16 iaitu pada 11 Jun lepas.

Trend BID itu dilihat semakin membimbangkan terutama selepas kemunculan varian baharu yang dilaporkan tidak mempunyai gejala.

Kes tersebut biasanya dicatatkan apabila kematian individu disahkan akibat Covid-19 selepas proses bedah siasat dilakukan.

Untuk rekod, negara mencatatkan 402 kes BID iaitu 370 kes pada tahun ini (setakat 14 Jun) dan 135 lagi kes direkodkan pada tahun lalu.

Terdahulu, KKM dalam satu hantaran di Facebook menjelaskan, kes BID kebarangkalian berpunca daripada tiga situasi.

Artikel Berkaitan:

Kegagalan pesakit menyedari diri mereka dijangkiti Covid-19 atau tidak mengambil berat mengenai jangkitan wabak berkenaan berkemungkinan akan berakhir dengan kes BID.

Kes BID menunjukkan peningkatan dalam kalangan golongan muda berusia 30 tahun ke bawah, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, kebanyakan golongan berkenaan tidak menyedari mereka sudah dijangkiti Covid-19 kerana tidak bergejala sedangkan paras oksigen dalam badan semakin rendah berikutan kegagalan paru-paru berfungsi dengan baik.

Keadaan itu dinamakan happy hypoxic iaitu pesakit Covid-19 tidak menunjukkan gejala sukar bernafas dan berasa normal walaupun tahap oksigen dalam badan berkurangan, tambahnya.