X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M ulangi dakwaan tak mungkir janji isu serah jawatan PM kepada Anwar

Dr Mahathir
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa beliau tidak mungkir janji berhubung penyerahan jawatan perdana menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir berkata, belum sampai masa untuk beliau menyerahkan jawatan itu meskipun ketika peristiwa 'langkah Sheraton'.

Kata Dr Mahathir, sejak awal lagi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sudah memberikan hak kepada beliau untuk menetapkan masa yang sesuai bagi meletak jawatan.

"Bukan saya tolak janji saya tetapi kita hadapi banyak masalah dan saya perlu menanganinya sebelum serah kepada dia (Anwar).

"Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil alih juga belum sampai masa letak jawatan. Jadi, saya tak mungkir janji," katanya ketika Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad secara maya disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!