Rakyat perlu segera daftar vaksin

Mas Ermieyati
Mas Ermieyati
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat perlu segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin supaya semua penduduk Malaysia dapat dilindungi daripada risiko jangkitan Covid-19.

Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsudin berkata, usaha tersebut dapat dicapai sekiranya setiap orang memberikan sokongan dan bantuan dalam menjayakannya.

Tambah beliau, rakyat perlu mendaftar menerusi saluran yang telah disediakan dan menghadiri janji temu yang ditetapkan.

“Setiap seorang daripada kita juga perlu membantu ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga untuk mendaftar.

“Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan sasaran 80 peratus imuniti kelompok negara kita tercapai,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, masyarakat perlu menolak dakyah antivaksin yang menular di media sosial.

Menurutnya, pandangan golongan yang menolak sains dan pakar perubatan amat berbahaya serta perlu dihentikan.

“Jangan kongsi dakwaan-dakwaan yang tidak pasti. Dapatkan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan dan pakar-pakar perubatan jika perlu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: