Kes Covid-19 turun lagi, 4,949 hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 menunjukkan penurunan pada Isnin dengan 4,949 kes dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 1,523 kes diikuti Sarawak (774), Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323), Sabah (273), Kelantan (214), Pulau Pinang (214), Kedah (199), Melaka (119) dan Labuan (113).

Menurutnya, tiga negeri dan wilayah melaporkan kes bawah 100 iaitu Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) dan Perlis (satu).

"Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah 662,457," katanya.

Beliau berkata, terdapat enam kes import dan 4,943 merupakan penularan dalam negara membabitkan 4,019 kes rakyat tempatan dan 924 warga asing.

"Jumlah kes aktif di seluruh negara pula adalah 71,625 kes," katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, seramai 921 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Daripada jumlah itu, terdapat 459 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, jumlah kes kematian berkaitan Covid-19 juga menurun kepada 60 kes berbanding hari sebelumnya.

"Kes kematian ini melibatkan 18 kes di Selangor, Johor (sembilan), Kuala Lumpur (lapan), Negeri Sembilan (tujuh), Sarawak (enam), Labuan (empat) Pulau Pinang (dua) dan Kelantan (dua).

"Masing-masing satu kes kematian dilaporkan di Sabah, Terengganu, Perak dan Melaka," katanya.

Sementara itu, KKM merekodkan 6,588 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 586,864 kes.

"Ia bersamaan dengan 88.59 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.