Bau busuk: JAS pasang alat pengawasan kualiti udara

JAS Terengganu memasang alat pengawasan kualiti udara dalam kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun pada petang Ahad.
JAS Terengganu memasang alat pengawasan kualiti udara dalam kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun pada petang Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu bertindak memasang alat pengawasan kualiti udara dalam kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun pada petang Ahad.

Pengarahnya, Ramli Abd Rahman berkata, alat itu dipasang bagi mengesan kandungan gas dalam udara susulan aduan bau busuk daripada penduduk taman perumahan berdekatan Kawasan Perindustrian Kertih.

"Kita ada terima aduan daripada penduduk di taman perumahan mengenai bau busuk di kawasan mereka dan peralatan ini berfungsi bagi mengesan kandungan gas dalam udara.

"Ia dipasang untuk memastikan gas apakah yang berbau busuk itu sebagaimana aduan penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, Unit Pengawasan JAS memasang peralatan tersebut selama 24 jam di lokasi yang sesuai dan pengawasan kualiti udara berkenaan akan ditamatkan jam 4.30 petang pada 14 Jun.

"Data bacaan kandungan gas dalam udara dapat dilihat sepanjang tempoh 24 jam alat dipasang," katanya

Artikel Berkaitan: