'Pas tak perlu layan tuduhan Sarawak Report'

Ahmad Fadhli Shaari
A
A

KOTA BHARU – Tiada sebab Pas perlu menjawab dakwaan deposit Pas untuk bertanding dalam PRU14 lalu, dibiayai oleh UMNO.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas tidak perlu melayan berita picisan yang dikeluarkan Sarawak Report kerana ia merupakan agensi yang tiada kredibiliti.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan tuduhan itu tidak berasas dengan tujuan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap Pas.

“Jawab dahulu dakwaan DAP terima dana asing, mencecah RM1 bilion dikatakan dari Israel.

“Kalau benar Pas terima dana itu buktikan, bawa isu ini ke muka pengadilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya selepas Kuliah Pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, hari ini.

Semalam, Sarawak Report mendakwa deposit Pas bertanding dengan rekod jumlah kerusi tertinggi pada PRU14 dibiayai UMNO.

Portal yang berpangkalan United kingdom (UK) mendedahkan seorang pembantu bekas bendahari UMNO memasukkan RM2.5 juta ke akaun Bank Islam milik Pas.