TM beri kontrak 4G MOCN kepada Celcom

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) memberikan kontrak kepada Celcom Axiata Bhd (Celcom) bagi penyediaan perkhidmatan Rangkaian Teras Pengendali Berbilang 4G atau 4G Multi Operator Core Network (4G MOCN) kepada anak syarikatnya, webe digital Sdn Bhd (webe).
Tempoh penyediaan perkhidmatan itu adalah selama tiga tahun, kata TM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Nilai kontrak itu akan ditentukan berdasarkan penggunaan dan kadarnya seperti ditetapkan dalam kontrak 4G MOCN.

4G MOCN adalah teknologi perkongsian rangkaian alternatif yang melengkapi perkhidmatan Perayauan Domestik (DR) 2G dan 3G sedia ada menerusi perjanjian yang dimeterai antara syarikat itu, webe dan Celcom pada 28 Jan, 2016.
TM berkata penyediaan perkhidmatan 4G MOCN itu akan meningkatkan lagi liputan rangkaian perkhidmatan webe tatkala webe terus memperluaskan liputan rangkaian LTEnya.
Inisiatif terbaru itu selari dengan usaha berterusan TM untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan aspirasinya ke arah pemupukan gaya hidup digital, katanya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Telekom Malaysia -- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -TF Value-Mart labur lebih RM20 juta perluas perniagaan borong makanan
05 November 2026 08:46pmBank Islam, NAMA Foundation pacu perubahan hidup komuniti terpinggir
05 November 2026 06:17pmIndustri sawit perlu buktikan komitmen atasi jerebu, pulih kepercayaan awam
05 November 2026 03:43pmSD Guthrie catat untung bersih RM2.3 bilion bagi 9M FY2026
05 November 2026 03:37pmXiaomi buka premis ke-100, perluas ekosistem teknologi di Malaysia
05 November 2026 03:01pmIndonesia bergolak?
05 November 2026 02:04pmVideo tular: Norhizam beri 24 jam, tuntut permohonan maaf
05 November 2026 05:21pmBekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia
05 November 2026 04:09pmLelaki diserang dengan parang selepas diperangkap isteri orang
05 November 2026 03:37pm- Iklan -- Iklan -

