Zahid dakwa darurat digunakan untuk tujuan lain

Ahmad Zahid ketika bertemu media selepas selesai sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Jumaat. -Foto Rosli Talib
Ahmad Zahid ketika bertemu media selepas selesai sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Jumaat. -Foto Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) sepatutnya telah diwujudkan ketika negara sedang menghadapi darurat.

Bagaimanapun, menurut beliau perkara itu tidak berlaku kerana mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menggunakan darurat untuk tujuan lain.

Beliau juga berkata, tiada sebarang usul berhubung penubuhan Mageran yang disuarakan ketika sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Saya tidak bincang soal itu (Mageran).

"Sebab darurat sepatutnya mencakupi tujuan itu (Megeran) tapi (darurat) digunakan untuk lain," katanya kepada media selepas selesai sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Jumaat.

Pada Khamis, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad telah membawa usul penubuhan Mageran iaitu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyenaraikan empat krisis yang dihadapi negara ketika ini iaitu kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik yang diyakini mampu diatasi dengan penubuhan Mageran ketika sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, Al-Sultan Abdullah tidak menolak cadangan yang dikemukakan beliau sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik cadangan penubuhan Mageran itu datangnya daripada kerajaan.

Artikel Berkaitan:

,