Calon Timbalan KPN diumumkan sehari dua lagi: Hamzah

Hamzah bersama Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud (kiri) meninjau keadaan di balai ketibaan pada sesi tinjauan mesra di KLIA hari ini. - Foto Bernama
Hamzah bersama Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud (kiri) meninjau keadaan di balai ketibaan pada sesi tinjauan mesra di KLIA hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Nama Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan sehari dua lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, cadangan nama calon jawatan nombor dua dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.

“Sudah kita beri cadangan dan insya-ALLAH ia akan umumkan tidak lama lagi iaitu sehari dua lagi boleh kita umumkan (Timbalan Ketua Polis Negara),” katanya pada sidang akhbar selepas membuat tinjauan mesra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan Muhyiddin bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, ia adalah perjumpaan mewakili kerajaan dan bukan perjumpaan sebagai Presiden Bersatu. - Bernama

Artikel Berkaitan: