X

Kindly register in order to view this article
!

Leher dijerut, anjing masih hidup dibuang seperti sampah

Anjing yang masih hidup dibuang dalam plastik hitam diselamatkan oleh seorang wanita.
A
A

SHAH ALAM - Seekor anjing dibuang seperti sampah apabila dimasukkan ke dalam plastik hitam dan lehernya diikat dengan tali.

Kajadian tersebut dikongsikan di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia- Malaysia Animal Association menerusi rakaman video berdurasi 56 saat pada Rabu.

Dalam video tersebut, seorang wanita lengkap memakai sarung tangan dilihat membuka ikatan guni dalam plastik hitam itu bagi menyelamatkan anjing hitam yang dilihat masih bernyawa namun tidak agresif.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia- Malaysia Animal Association dalam kenyataannya berkata, tindakan menganiaya binatang itu bukan norma manusia biasa dan hanya dilakukan oleh golongan 'mati' hati.

Katanya, pada masa sama, pihaknya sedang mencari wanita yang berjaya menyelamatkan haiwan tersebut untuk diberikan penghargaan.

"Kepada wanita dalam video ini atau sesiapa mengenali beliaau mohon hubungi Animal Malaysia di www.wasap.my/+60105394749.

" Animal Malaysia dengan rendah hati mahu memberikan hadiah istimewa buatmu atas kesucian hati, jiwa dan nurani menyelamatkan nyawa anjing malang ini," menurut kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, persatuan berkenaan berharap orang ramai membantu menyalurkan maklumat atau melaporkan kejadian jika melihat penganiayaan haiwan berlaku.

"Jika sesiapa terserempak aksi zalim pembuangan haiwan begini, rakamkan perbuatan dan wajah pelaku serta kenderaan digunakan berserta nombor plat yang jelas.

"Kemudian laporkan segera kepada pihak berkuasa veterinar. Selamatkan haiwan dan simpan di satu tempat untuk diambil pihak berkuasa sebagai bahan bukti.

"Jangan biarkan manusia zalim hidup senang lenang. Penjenayah kejam begini harus dihumban ke penjara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!