Pencapaian membanggakan Aswara 2017-2018

Aswara
Aswara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sepanjang tahun 2017 hingga 2018, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan.

Ini termasuk berjaya memperoleh Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kesemua 28 program akademik ~ Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah bagi melayakkan graduan Aswara bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Aswara juga mencatatkan kemasukan tertinggi pada sesi 2017/2018 iaitu seramai 780 orang dan berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar bagi sesi 2018/2019 seramai 1,052 orang iaitu ke tahap yang tertinggi sejak penubuhan Aswara pada 25 tahun yang lalu.

Selain itu, Aswara turut berjaya meluaskan pendidikan seni budaya buat pertama kali di luar Kuala Lumpur melalui penawaran program akademik di Kem TLDM Lumut, Perak.

Program dengan kerjasama Kementerian Pertahanan itu menjana pendapatan sebanyak RM 617,396.00 daripada yuran pengajian anggota TLDM.

Prestasi kewangan Aswara tahun 2017 turut menunjukkan pengukuhan melalui pengurangan defisit lebih RM 700,000 bersamaan 33 peratus iaitu penurunan berbanding tahun 2016 dan nisbah kecairan Aswara berada pada tahap baik dengan nisbah 8:1 berbanding kadar minimum yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara hanya 2:1.

Aswara turut berjaya menerima Sijil Bersih Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 daripada Jabatan Audit Negara.

Kutipan hasil Aswara meningkat pada tahun 2017 sebanyak 28 peratus iaitu RM 2.1 juta berbanding tahun 2016.

Artikel Berkaitan:

Malah Aswara berjaya menyelesaikan isu tanah milik Aswara dengan memperolehi geran tanah hakmilik di Seksyen 60 Bandar Kuala Lumpur setelah mendapat kelulusan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 12 Jun 2018.