X

Kindly register in order to view this article
!

Bangga berkhidmat untuk Agong berjiwa rakyat

Mohamed Najmi (kanan) ketika pemakaian pangkat dari Leftenan Kolonel ke Kolonel di Istana Negara pada Ogos 2020.
A
A

SELAKU Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kolonel Mohamed Najmi Mohd Sharawi merupakan antara individu paling rapat dengan Tuanku.

Mohamed Najmi pernah berkhidmat di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja, Kem Batu 10 Kuantan sebelum dicalonkan oleh Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Zaminudin Zainal untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Juruiring Tentera kepada Tuanku yang ketika itu masih bergelar Tengku Mahkota Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: PM sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

“Saya mula berkhidmat secara rasminya pada tahun 2010 sebagai Juruiring Tentera. Tugas saya adalah memastikan setiap program yang akan Tuanku mencemar duli berjalan lancar dan mengikut aturan protokol.

“Untuk tanggungjawab sekarang sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas, saya lebih fokus kepada urusan peribadi Tuanku,” ujar Mohamed Najmi kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN:Agong tunjang negara depani tri-krisis

Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 39 tahun itu, kali pertama beliau menghadap Seri Paduka Baginda adalah ketika ditemuduga untuk jawatan Juruiring Tentera.

“Seri Paduka Baginda amat tegas ketika bertitah soal tugas dan tanggungjawab yang akan saya pikul,” ujar beliau.

Menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City di London pada tahun 2019. Tuanku merupakan penyokong setia pasukan Arsenal.
Menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City di London pada tahun 2019. Tuanku merupakan penyokong setia pasukan Arsenal.

Namun di sebalik ketegasan yang dipamerkan, Mohamed Najmi mengakui personaliti diraja itu sememangnya seorang raja yang berjiwa rakyat.

“Tuanku akan membantu rakyat yang ditimpa musibah. Inilah tugas pegawai-pegawai Tuanku, mendapatkan maklumat untuk disembahkan pada Tuanku hal berkaitan masalah rakyat,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat dibantu polis, rupanya Yang di-Pertuan Agong

Menceritakan satu keistimewaan Seri Paduka Baginda yang ramai tidak tahu, Mohamed Najmi berkata, setiap kali ke luar negara Tuanku pasti tidak lupa menitahkan beliau membeli cenderahati kenangan untuk para kakitangan.

“Saya akan membeli cenderahati kenangan seperti t-shirt atau kemeja. Tuanku juga sentiasa membawa pulang cenderahati kenangan kepada Permaisuri serta paduka anakanda dan cucunda. Ini adalah rutin bagi Tuanku,” katanya.

Secara peribadi bagi Kolonel Mohamed Najmi, peluang berkhidmat kepada Tuanku selama lebih 10 tahun meninggalkan 1,001 memori indah, namun antara momen paling manis adalah ketika Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Istana Negara sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

“Memang rasa sangat bangga kerana saya tahu rakyat akan menyayangi Tuanku dan Permaisuri dengan sikap dan cara Tuanku yang memang sentiasa dekat dengan rakyat,” ujar Mohamed Najmi mengakhiri bicara.

ARTIKEL BERKAITAN: Permaisuri memasak dari satu kampung ke satu kampung


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!