X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

'Usah pertikai tujuan beri vaksin kepada PATI'

Hamzah Zainuddin
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Usaha kerajaan untuk melaksanakan operasi menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk tujuan pemberian vaksin Covid-19 tidak sepatutnya dipertikaikan kerana membabitkan keselamatan rakyat di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, walaupun kerajaan meminta PATI ini tampil secara sukarela, realitinya masih terdapat kumpulan yang tidak akan berbuat demikian kerana bimbang ditahan.

Menurutnya, kumpulan ini yang berisiko membawa jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan membahayakan kesihatan masyarakat.

“Kumpulan tanpa dokumen ini mungkin tidak ramai, kira-kira 10,000 hingga 20,000 orang. Sebab itu kita mahu dapatkan (tangkap) mereka. Kita mahu tanya kenapa tinggal di negara ini? Berapa lama? Bagaimana cara mereka masuk? Jika dia masuk melalui lorong tikus maknanya dia melakukan kesalahan.

“Jika dia mahu balik, kita hantar mereka balik. Namun jika dia mahu tinggal di Malaysia, kita akan berhubung dengan kedutaan untuk mendapatkan dokumen yang sah dan kita akan benarkan mereka tinggal untuk tempoh tertentu, kemudian daftar mereka untuk dapatkan vaksin,” katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Sabtu.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu berhubung tindakan kerajaan melakukan operasi penahanan PATI yang digerakkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Jelas Hamzah, penguatkuasaan dilakukan bagi memastikan kumpulan tersebut keluar untuk program vaksinasi negara ini.

“Sejak Jun tahun lepas, sehingga Mei 2021, sudah lebih 200,000 PATI yang keluar berdaftar dengan kita. Seramai 100,008 mahu terus tinggal di sini dan kita beri pengesahan sebab mereka ada majikan yang mahu ambil mereka bekerja.

“Bakinya setuju untuk balik dan kita hantar pulang ke negara asal,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Utamakan vaksin rakyat sendiri bukan PATI'

Operasi besar-besaran tahan PATI mudahkan proses dokumentasi vaksinasi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!