X

Kindly register in order to view this article
!

Itali laung amaran awal

Sebahagian pemain Itali meraikan kemenangan ke atas Republik Czech.
A
A

ITALI melaungkan amaran awal menjelang aksi pembukaan Euro 2020 12 Jun ini apabila membelasah Republik Czech 4-0 pada aksi persahabatan terakhir di Bologna, awal pagi Sabtu.

Kemenangan berkenaan sekali gus meneruskan kecemerlangan skuad Azzurri itu setelah menang 7-0 ke atas San Marino, 29 Mei lalu.

Pengendali Itali, Roberto Mancini dalam satu kenyataan pada Sabtu turut memuktamadkan senarai 26 pemain yang bakal membawa cabaran pasukan berkenaan pada Euro 2020 kali.

“Kita berpuas hati dengan kemenangan ini dan ia membuktikan kita telah bersedia untuk beraksi di Euro 2020 nanti.

“Diharapkan rentak kemenangan ini dapat diteruskan oleh pemain kita dan sekali gus membantu kita mencatatkan lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, gol-gol Itali dijaringkan oleh Ciro Immobile pada minit ke-23 dan Nicolo Barella (42), Lorenzo Insigne (66) dan Domenico Berradi (73).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!